| 4 ulasan ]

Pemuda dan Pemudi yang dikasihi,

Alhamdulillah setelah lama berazam untuk menulis sesuatu kepada para pemuda dan pemudi akhirnya berkesampaian jua. Saya merasakan saya mesti memberi sesuatu kepada para pemuda kerana anda adalah harapan ummah. Sejarah anda wahai pemuda ku adalah sebuah kisah kecemerlangan dan kejayaan. Bukalah kembali lembaran seerah Rasulmu lantas anda akan dapati di sebalik kejayaan Ar-Rasul terdapat kisah indah para pemuda dan pemudi yang telah memberi kehidupan mereka untuk ugama ini. Ali Abi Talib, Sa'ad Abi Waqas, Al- Arqam Abi Arqam, Musa'ab Umair, Asma' binti Abu Bakr, serta ramai lagi para sahabat adalah contoh para pemuda pendukung Islam di awal da'wah Rasul S.A.W. Usamah bin Zaid telah mengepelai rombongan tentera Islam ketika masih belasan tahun lagi. Begitu juga Muhammad Al- Qasim yang menjadi panglima tentera ketika di sekitar 18 tahun usianya.

Begitulah kehebatan para pemuda silam. Lantas mengapa kini tiada lagi kedengaran kehebatan para pemuda Islam? Di manakah anda ketika Ummat Islam Gaza terseksa di dalam kepungan Yahudi? Di manakah anda ketika Iraq terus diperkotak- katikkan oleh Amerika? Di mana anda ketika rakyat Afghanistan terus ditindas? dan di manakah anda ketika pemuda dan pemudi Islam di Malaysia ini terus dilanda masalah sosial yang memualkan?

Pemudaku, saya tidak menyalahkan anda di atas kesemua masalah di atas kerana kita semua adalah produk hasil kejatuhan khilafah Othmaniah yang lalu. Kejatuhan pemerintahan Islam yang terakhir tersebut telah menyebabkan kita berada di dalam kegelapan jahiliah. Sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan serta hiburan melampau yang disogokkan kepada ummat ini zaman berzaman telah melahirkan generasi kita hari ini. Hasilnya lahirlah rusa- rusa jinak yang menjadi mainan para musuh ISlam.

Pemudaku banyak lagi yang ingin dperkatakan.. Cukuplah untuk kali ini. Insyaallah kita akan bersama lagi.

Marilah bangun bersama untuk mengembalikan kegemilangan umat ini. Ayuh pemudaku!

Abu Yaaser